Friday, May 3, 2019

Melukis untuk de-stress


Setiap kali bunga-bunga stres muncul, pasti aku akan melukis. Bakat mungkin tak sehebat pelukis profesional tapi gaya tetap ada...hehe.
Ada yang berkata "painting is about happiness and passion". Jadi, jom pegang berus.

Wednesday, May 1, 2019

Cerita PhD Aku yang Berliku






Permulaan perjalanan PhD saya agak berliku. Selepas menamatkan ijazah sarjana, saya telah ‘berehat’ hampir empat tahun. Wah! Suatu tempoh yang agak lama untuk enjin otak saya kembali panas. Tahun  2006, saya membuat keputusan untuk menyambung PhD di UPM. Satu-satunya IPTA yang dekat dihati saya. UPM yang penuh kehijauan bagaikan magnet yang menarik saya untuk kekal sebagai pelajar di sana. Tambahan pula, ijazah pertama dan kedua saya adalah dari UPM.
Dengan semangat yang berkobar-kobar saya mendaftar sebagai calon PhD untuk bidang Matematik Tulin di UPM.  Sangkaan saya, Matematik Tulin merupakan bidang kemahiran saya.  Allahuakbar! Setelah hampir separuh semester menjadi pelajar separuh masa, saya perlu menarik diri.
Semangat saya bagai kaca yang jatuh terhempas. Penyelia utama dan penyelia bersama tidak menggalakkan saya untuk menyambung PhD secara sambilan. Yakni bekerja dan belajar pada masa yang sama. Ketika itu, dianggarkan seramai 20 orang pelajar PhD di Jabatan Matematik, UPM.  Hanya saya sahaja yang bergelar pelajar PhD separuh masa.
Hal yang kelihatan remeh. Hal tentang masa dan cara pembelajaran. Itulah yang bermain difikiran saya pada masa itu. Saya cuba juga meyakinkan kedua-dua penyelia bahawa saya mampu melakukannya. Hampa! Itulah hakikat yang saya terima.
Lama-kelamaan, saya menarik diri dan tidak terus hadir ke kuliah mingguan. Pada masa itu, UPM mewajibkan untuk lulus dalam beberapa subjek sebelum meneruskan kajian PhD. Aduh! Satu bebanan juga buat saya yang terkejar-kejar mengajar 18 jam di UniKL.
Pada hemat saya, mode belajar bukan menjadi masalah utama. Sebaliknya, persekitaran kerja saya tidak menyokong sama sekali untuk belajar secara sambilan. Hampir patah semangat dibuatnya. Saya menangis sendirian. Semuanya saya simpan kemas-kemas dalam hati. Kecewa dan sedih. Itulah perasaan saya pada ketika itu. Hanya pada Allah saya mengadu.
Selepas itu, saya ‘berehat’ sekali lagi. Beberapa bulan yang berlalu menjadi kosong dengan semangat yang hampir pudar. PhD hampir saya lupakan. Bintang PhD saya hampir malap.

Nak menulis ke?



Beberapa hari selepas berjumpa Atiah, aku mula memikirkan idea. Nak tulis apalah agaknya? Aku dok berkira-kira. Sebenarnya aku memang minat sangat menulis tapi aku pun tak tahu kenapa momentum aku untuk menulis seolah-olah hilang. "Aku  ni sibuk melukis kot?" Itu yang bermain-main dalam kepala aku. Maklumlah hobi baru aku kalau stress ialah melukis. Dah hampir setahun lebih aku melukis menggunakan cat air (watercolor).

Jadi, aku rasa tercabar sangat sebab bukan aku tidak tahu ilmu penulisan, malahan dah berbengkel-bengkel aku belajar ilmu tersebut. Apa yang aku ingin wariskan sekiranya aku tiada di dunia ini? Sudah pasti hasil tulisan aku, ilmu yang aku kongsikan dan bukan sekali harta. Maka hari ini aku gagahkan juga untuk memulakan penulisan. Ya Allah, aku bermohon pada Mu, kurniakanlah aku idea dan permudahkanlah urusan aku ini. Amin ya Rabb.

Mula Blogging Kembali

29 April 2019 adalah tarikh yang agak istimewa. Nak tau kenapa? Hari yang menemukan aku dengan bekas pelajar Absha Atiah, pelajar sarjana bidang Pendidikan Islam. Seronok sangat sebab Atiah adalah penulis yang prolifik sebab telah menulis 9 buah buku.

Aku sendiri pun tak mampu lagi untuk menulis buku yang berbentuk penulisan kreatif. Setakat artikel akademik dan bab dalam buku untuk tujuan akademik adalah suatu kebiasaa bagi aku yang bergelar pensyarah. Maha Suci Allah swt yang mengaturkan pertemuan aku dengan Atiah melalui Nor Suhaila. Alhamdulillah, bagai rezeki jatuh ke langit. Ya Allah, telah lama aku kehilangan motivasi untuk menulis. Aku seperti tersasar dek kesibukan dengan tugasan harian.
Yang paling best ialah kerendahan hati Atiah yang sanggup berkongsi pengalaman sebagai penulis. Rupanya,  blogging masih relevan di samping media sosial yang lain seperti Facebook dan Instagram. Termakan juga kata-kata Atiah, maka hari ini aku memulakan penulisan di blog ini. Moga aku terus bersemangat untuk terus menulis.